Bersuci terbahagi kepada empat bahagian: 1.Mengambil air sembahyang 2.Mandi 3. Tamyammum 4.Menghilangkan najis.
Jenis-jenis Airyang diharuskan bersuci:
1.Air hujan 2.Air laut 3.Air Sungai 4.Air telaga 5.Air mata 6.Air beku 7.Air embun
Bahagian air:
1. Air yang suci lagi menyucikan,tiada makruh hukum memakainya iaitu Air mutlak. ada pun air nyiur tidak dinamakan air mutlak dan air nyiur boleh diminum kerana ia suci tetapi tidaklah boleh digunakan untuk menyuci kerana ia pada hukunnya tidaklah menyucikan
2. Air yang suci tetapi tidaklah menyucikan bagi yang lain,maka air yang bersifat demikian tidak harus gigunakan untuk berwuduk dan mandi wajib dan untuk menghilangkan najis, ia terbahagi kepada dua,
i.Air yang mustakmal iaitu air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas(mengambil wuduk dan mandi) dan untuk membasuh najis
ii.Air yang sudah berubah dengan sebab bercampuryang suci seperti air kopi
3.Air yang suci pada dirinya lagi menyucikan bagi yang laintetapi makroh memakainya, dan inilah air yang dipanas oleh matahari.
4.Air yang kena najis. dan air ini tidak harus digunakan untuk berwuduk atau lainnya, ia terbahagi dua, iaitu
i.Air yang sedikit yang masuk najis ke dalamnya samada ia berubah atau tidak
ii.Air yang banyak yang berubah kerana bercampur najis
Dan yang dikehendaki air yang sedikat itu ialah air yang kurang dari dua kolah.
Dan sukatan dua kolah itu ialah panjangnya satu hasta suku dan lebar atau dalamnya demikian itu juga.
Ianya bersamaan dengan 270 liter atau lebih
Sunday, May 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment