Bersuci terbahagi kepada empat bahagian: 1.Mengambil air sembahyang 2.Mandi 3. Tamyammum 4.Menghilangkan najis.
Jenis-jenis Airyang diharuskan bersuci:
1.Air hujan 2.Air laut 3.Air Sungai 4.Air telaga 5.Air mata 6.Air beku 7.Air embun
Bahagian air:
1. Air yang suci lagi menyucikan,tiada makruh hukum memakainya iaitu Air mutlak. ada pun air nyiur tidak dinamakan air mutlak dan air nyiur boleh diminum kerana ia suci tetapi tidaklah boleh digunakan untuk menyuci kerana ia pada hukunnya tidaklah menyucikan
2. Air yang suci tetapi tidaklah menyucikan bagi yang lain,maka air yang bersifat demikian tidak harus gigunakan untuk berwuduk dan mandi wajib dan untuk menghilangkan najis, ia terbahagi kepada dua,
i.Air yang mustakmal iaitu air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas(mengambil wuduk dan mandi) dan untuk membasuh najis
ii.Air yang sudah berubah dengan sebab bercampuryang suci seperti air kopi
3.Air yang suci pada dirinya lagi menyucikan bagi yang laintetapi makroh memakainya, dan inilah air yang dipanas oleh matahari.
4.Air yang kena najis. dan air ini tidak harus digunakan untuk berwuduk atau lainnya, ia terbahagi dua, iaitu
i.Air yang sedikit yang masuk najis ke dalamnya samada ia berubah atau tidak
ii.Air yang banyak yang berubah kerana bercampur najis
Dan yang dikehendaki air yang sedikat itu ialah air yang kurang dari dua kolah.
Dan sukatan dua kolah itu ialah panjangnya satu hasta suku dan lebar atau dalamnya demikian itu juga.
Ianya bersamaan dengan 270 liter atau lebih
Sunday, May 31, 2009
Friday, May 29, 2009
ujian dan cubaan para pendakwah
para pendakwah tidak terlepas daripada cubaan-cubaan yang bersifat penderitaan, hinaan,celaan yang sangat pedih. sebab mereka adalah orang yang menyeru manusia ke jalan Allah. Mereka selalu dibenci dan diseksa oleh orang-orang yang membenci kebenaran.
Allah berfirman dalam surah al-Buruj ayat 4 yang bermaksud: Dan mereka meyeksa orang-orang ituhanya mereka beriman kepada Allah yang maha kuasa lagi maha terpuji.
perkara ini sebagai sunnatullah dan dai harus memiliki semangat dan kesabaran yang tinggi.
Rasulullah saw pernah bersabda:Orang yang paling berat cubaannya iaitu para nabi kemudian orang yang sepertinya dan sepertinya, seseorang itu di uji sesuai dengan kemampuan agamanya dan apabila semakin kuat imannya maka semakin kuat ujiannya.

Thursday, May 28, 2009
jadilah seorang yang mencintai ilmu
kemuliaan seseorang manusia bukan pada rupa paras, jawatan mahupun hartanya tetapi islam memandang kemuliaannya pada keilmuaannya,orang yang berilmu merupakan pewris nabi saw.
orang berilmu dianggap seumpama sebutir permata walau dimana ia berada ia tetap permata juga.
orang berilmu dianggap seumpama sebutir permata walau dimana ia berada ia tetap permata juga.
Mukaddimah daripada ustaz safuan
Assalamualaikum kepada semua sahabat seperjuangan dan para pelajar yang dikasihi...
selamat menjengok ke laman ini... semoga kita dapat sama-sam berkongsi ilmu ilahi..
selamat menjengok ke laman ini... semoga kita dapat sama-sam berkongsi ilmu ilahi..
Subscribe to:
Posts (Atom)